welcome...

Saturday, October 9, 2010

Kulit cerah....

Kulit cerah menjadi idaman kebanyakan wanita. Wanita sanggup berhabis untuk mencuba pelbagai jenis produk pencerahan kulit. Tidak salah mencuba kononnya, tetapi sedarkah anda tentang satu perkara? Kulit gelap adalah lebih baik dari kulit cerah kerana kandungan melanin di dalamnya. Tidak ramai yang tahu kepentingan melanin untuk kulit.

Inikah kulitku?

Membelek wajah di cermin, kemudian menafikannya? Benarlah kulit anda sudah kusam. Masalah kulit kusam mempunyai banyak faktor yang mempengaruhi terjadinya masalah ini. Asap rokok yang terlalu kerap mengenai kulit wajah akan menyebabkannya kusam dan tidak bertenaga. Pendedahan kepada cahaya matahari tanpa sebarang krim pelindung juga boleh mengakibatkan masalah kulit kusam. Udara kotor akan menghasilkan toksin yang akan menyebabkan rona kulit menjadi tidak sekata, bertompok-tompok, dan kelihatan tidak sihat. Toksin yang dihasilkan oleh kulit sangat sensitif dan cepat bertindak kepada sebarang perubahan udara dan faktor sampingan yang lain. Keadaan inilah yang mendorong terjadinya kulit kusam dan kelihatan gelap yang tidak sekata. Apabila berlakunya masalah kulit kusam, penyelesaian paling mudah adalah dengan menggunakan produk pemutih kulit. Ayuh, kenali beberapa bahan dalam kebanyakan produk pemutih kulit:

'Azeleic Acid'

Asid ini tugasnya merawat melasma dan masalah hiperpigmentasi yang berlaku. Ia juga mempercepatkan proses pencerahan kulit, tetapi tidaklah sepantas hidrokuinon. Yang tidak eloknya: Boleh mendorong kepada rasa gatal pada wajah, kepedihan seperti rasa terbakar, dan menyebabkan pengelupasan kulit.

'Kojic Acid'

Asid ini pula menghentikan tindakan enzim 'tirosinase', menyebabkan pengelupasan, dan memaksimumkan perubahan bahan pemutih pada wajah. Baiknya asid ini adalah kerana ia membantu mengatasi masalah kulit berjerawat dan penuaan. Yang tidak eloknya: Alahan dan radang kulit mungkin berlaku akibat perubahan kimia pada kulit wajah.


Sumber: Rapi cantik..

Hargailah setiap kurnian Allah..

0 comments:

Post a Comment