welcome...

Monday, July 26, 2010

Sekitar Seminar @ UTHM






Bersambung kembali...

Sebagai wakil Marketeer...berkongsi ilmu dan pandangan mengenai input2 yg sy dapt sepanjang seminar tersebut...
ingatan dr seorang teman...hargai lah diri..jauhi diri dari perkara yg merosakkan , salah satu nya DADAH..
jgn sesekali menghampiri..dekati..dan mencuba...sekali mencuba deritanya hingga akhir hayat..
betulllah kata2 penceramah minggu lepas..walaupun kita didedahkan dengan bahayanya DADAH, contohnya di surat khabar, internet,tetapi setiap hari ada sahaja berita penangkapan sindiket DADAH, penagih DADAH..terbaru penemuan ladang daun ketum..yg di usahakan oleh sebuah keluarga..mmg bisnes yg menguntungkan..
tetapi sampainya hati mereka merosakkan bangsa sendiri...demi kepentingan diri..mengaut keuntungan untuk kesenangan sebuah keluarga...
malangnya yg menderita kerana DADAH lebih ramai lagi..anak2 kecil kehilangan kasih sayang, ibu bapa hilang anak hanya kerana DADAH...

renungan2 kan lah...semoga kita dilindungi dari terjebaknya dengan DADAH..

Wednesday, July 21, 2010

Seminar " MAHASISWA BENCI DADAH" @ UTHM




Hari nie..bertempat di UTHM..
berlangsungnay seminar yg agak penting..yg menentukan hala tuju mahasiswa pd mase akan dtg..sifar dr DADAH...
Dadah...sume msti thu bahayanya dadah tu jika terambil berlebihan..tapi masih ade lg manusia yg terjebak dengan penagihan dadah???
semua golongan terlibat dgn dadah..xkira la dari yg x pnh sekolah, yg bijak pandai, yg akal waras..
dari tahun ke tahun berlaku peningkatan penagih2 baru di Malaysia..
aduhai...adakah ini satu musibah???

Memang realiti yang berlaku pada tika ini...
terutamanya bangsa MELAYU yg ramai terjebak..
Seorang penceramah dari PENGASIH, seorang yg sangat berani menonjolkan diri..
bukan berkongsi rahsia kejayaan menjadi jutawan..tp berkongsi rahsia kejayaan nya keluar dr kepompong DADAH..
syabas kerana beliau tampil berkongsi realiti hidu
pnya yg penuh kegelapan pd masa lampau...
bangkit dari kesilapan yg lalu..menebus dosa dengan merungkai satu persatu dakyah2 sesat tentang DADAH..


bersambung......

Monday, July 19, 2010

say NO!!!!!

Seorang Gadis itu...

Assalamu'alaikum wahai puteri-puteri sekalian,
Bacalah nukilan dibawah dengan hatimu..
Mg dengan izin Allah, hatimu beroleh sebuah kekuatan..
InsyaAllah


Seorang Gadis itu..


Seorang gadis itu …
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati …
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,

di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya …

seorang gadis itu …
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi …
kasih untuk dirasa …
namun manjanya
bukan untuk semua,

bukan lemah,
atau kelemahan dunia …
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia …
begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah …

seorang gadis itu …
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini …
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya …

seorang gadis itu …
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya …
bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah …

seorang gadis itu …
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji …

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah …
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda …

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu …
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara …

dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya …
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah dan juga RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya …

seorang gadis itu …
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan …

seorang gadis itu …
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari …
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerana dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya …

kerana seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini …
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama …
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Allah yang menciptakan,
dari Allah yang mengurniakan,

seorang gadis itu …
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu …
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
da’ieyah & mujahidah,
pejuang ummah …
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah …

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma’rifatullah …

seorang gadis itu …
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan …
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu …
menuju cintaNYA yang ABADI!
amin….






CINTA....


Monday, July 12, 2010

The eye of the tiger..

Risin' up, back on the street
Did my time, took my chances
Went the distance, now I'm back on my feet
Just a man and his will to survive

So many times, it happens too fast
You change your passion for glory
Don't lose your grip on the dreams of the past
You must fight just to keep them alive

Chorus:
It's the eye of the tiger, it's the cream of the fight
Risin' up to the challenge of our rival
And the last known survivor stalks his prey in the night
And he's watchin' us all in the eye of the tiger

Face to face, out in the heat
Hangin' tough, stayin' hungry
They stack the odds 'til we take to the street
For we kill with the skill to survive

chorus

Risin' up, straight to the top
Have the guts, got the glory
Went the distance, now I'm not gonna stop
Just a man and his will to survive

Mata Harimau



Bangun kembali ke atas jalan

Adakah masaku telah mengambil peluangku?
Menjauhkan diri dan sekarang aku kembali berdikari
Hanya seorang lelaki dan keinginannya untuk terus hidup


Banyak kali, ia berlaku begitu pantas
Kau perdagangkan keghairahanmu untuk kejayaan

Jangan hilang kawalan terhadap impian yg lepas
Kau kena lawan agar mereka tetap hidup



Itulah MATA HARIMAU

Itulah rencah perjuangan
Tingkatkan cabaran kepada pesaing kita
Dan akhirnya diketahui yang terus hidup mengendap mangsa di waktu malam
Dan dia memerhatikan kita dengan MATA HARIMAU



Bersemuka dalam kepanasan

Teguh bergantung kekal kelaparan

Timbunan kemungkinan masih kita ambil ke jalan
Untuk membunuh dengan skil untuk terus hidup



Itulah MATA HARIMAU

Itulah rencah perjuangan
Tingkatkan cabaran kepada pesaing kita
Dan akhirnya diketahui yang hidup mengendap mangsa di waktu malam
Dan dia memerhatikan kita dengan MATA HARIMAU



Bangun, menuju puncak
Ada keberanian, dapatlah kejayaan

Dah berjalan jauh, sekarang saya tidak akan berhenti,

Hanya seorang lelaki dan keinginannya untuk terus hidu


hayati lagu ini..dari blog seseorang yg ingin kejayaan..


p/s : teruskanlah..teruskanlah..

Monday, July 5, 2010

Bermulanya ...

hari pertama untuk sem 4 ..
sbg pelajar di SeGArmat..
dh setahun kt sni..
cm xpercaye plak..

Sem baru msti semangat baru..
azam baru..idea baru..
ingat ye wahai diriku nie...
jgn lalai jgn leka..
klu x nti sedih sendiri..
hihi..

caucinccau...

p/s: teruskanlah..teruskanlah...